Pages

Tuesday, April 26, 2011

cahaya

Assalammualaikum...
foto foto cahaya dibawah di ambil
semasa aku nak balik dari grik ke taiping
nie lah 1st time aku mengunakan
manual focus (MF)
aku guna kamera Canon 550D


shutter speed - 0.6s
aperture - f/5.6
iso - 1600
focus - MF




shutter speed - 1/50s
aperture - f/5.6
iso - 1600
focus - MF



shutter speed - 1/100s
aperture - f/5.0
iso - 6400
focus - MF
crop 



Monday, April 25, 2011

si comel - rabbiatul adawiyyah







Assalammualaikum....
si comel di atas adalah anak buah aku..
anak kakak aku yg pertama..
photographer : LUQMAN AZIZ
sekadar ingin berkongsi...
sekian....

BLOGGER PERAK


Assalammualaikum....
Saya join BLOGGER PERAK pd 24 April 2011
terima kasih kepada admin kirin selama perak II & eija hassan
secara tidak langsung sya sudah jadi family ini....

info tentang aku :
nama sebenar - rosmanizan roslan
panggilan - komeng / amier
umur - 24 tahun
asal - Bandar Warisan , Taiping , Perak.

Saturday, April 23, 2011

foto eksperimen - part II

Assalammulaikum...
Lupa!!!...aku nk crita pasal foto eksperimen nie...
ok! idea asal buat tajuk foto eksperimen nie ialah
@mya edora...
aku nk tunjuk cara nak edit foto seperti dibawah
untuk org yng tak tahu & ingin mencuba lah...
:
:
:
:

Software - PHOTOSCAPE
1.Editor
2.colour curves
3.saturation curve
4.luminance curve


foto dibawah nie ada penambahan cikit
Filter - pictorialization - colored pencil - 
region (out of focus) - grayscale





Wednesday, April 20, 2011

MENERJAH AWAN....

aktiviti menembak aku kali nie.....
menembak ke langit....hari tu 18 April 2011
cuaca cerah...elok....so aku pun merenung ke awan...
awan yg terbentuk menarik hati aku untuk menembak....
foto foto adalah hasil2 yg aku dapat....

shutter speed : 1/2500s
aperture : f/5.6
iso : 100
camera : canon 550D
focal length : 55.0mm










Tuesday, April 19, 2011

FOTO EKSPERIMEN

ASSALAMMULAIKUM...
FOTO EKSPERIMEN!!!...aku bgi nama foto eksperimen sebab foto foto nie 100% aku da edit...
software aku gunakan PHOTOSCAPE simple mudah...semua org leh gna...tak da la mcm PHOTOSHOP kan hehehe

L.O.V.E

TANGLONG


PEKAN TAIPING



Monday, April 18, 2011

KOTA NGAH IBRAHIM

ASSALAMMUALAIKUM..
AKU NK STORY SKIT TENTANG MUZIUM NGAH IBRAHIM.....
MUZIUM NGAH IBRAHIM TERLETAK DI MATANG ,TAIPING ,PERAK.
MUZIUM DULUNYA ADALAH RUMAH KEDIAMAN NGAH IBRAHIM ANK KPD CHE LONG JAAFAR , ORANG YG MULA MULA MENEMUI  & MENEROKAI PERUSAHAAN BIJIH TIMAH DI BUKIT GANTANG TAIPING PERAK.
RUMAH INI DIBINA SEKITAR PERTENGAHAN ABAD KE-19 MASIHI.

MAKAM NGAH IBRAHIM


Makam Ngah Ibrahim selepas tinggalan tubuhnya dibawa kembali daripada Singapura di mana beliau pernah dimakamkan selama 120 tahun! (Beliau meninggal dunia tahun 1887 semasa dalam buangan).Jenazahnya baru dibawa kembali ke Malaysia pada 9 September 2006 dalam satu acara gemilang.

serangga...!!


story sikit...petang tadi nyer la bosan dok umah....aku puan keluar la jejalan....masa aku dok jalan..
aku persaan la pokok bunga raya..
aku shoot la bunga raya tu...tgh shoot aku terpandang la ngan serangga nie...warna nyer menarik hati aku...so aku pun tembak la...seb baik tak mati serangga nie...hehehe
nama serangga nie aku sendiri pun tak tahu...korang tahu....tak!!.....hope korang yg usyar suka la erk...




BUNGA KEBANGSAAN

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia.     Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga KenangaBunga RayaBunga MelurBunga TerataiBunga MawarBunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan SingapuraSabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.


Bunga Raya telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Yang Amat Berhormat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.



Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan Kerana :
  1. WARNA MERAH BERMAKSUD KETEGUHAN POLITIK & EKONOMI SERTA SIFAT BERANI MENEMPUH CABARAN.
  2. KEPELBAGAIAN BUNGA RAYA DARI SEGI BENTUK , WARNA & UKURAN MELAMBANGKAN RAKYAT PELBAGAI KAUN , AGAMA & BUDAYA YANG HIDUP AMAN & HARMONI.



Sunday, April 17, 2011

L.O.V.E

dimana mana ada L.O.V.E!!!


sempat aku tembak...!!!!

awex tak dapat...!!! dapat tembak foto foto nie....
foto dibawah aku tembak masa aku pusing2 TAIPING...
lama jgak la tak merayau pekan taiping tu....
korang usyar2 la apa aku shoot nie....
buruk ke hodoh ke chantek ke korang yg NILAI!!!

DALAM BUTIK PENGANTIN



LUARAN SUKIMI HAIR SALOON







Saturday, April 16, 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA !

KAMI BLOGGER UTAGHA


Nama ku - Rosmanizan Roslan @gilalensa gilafoto
Asal ku - Bandar Warisan , Taiping , Perak.
tu je kot info dari aku....



Thursday, April 14, 2011

PERBEZAAN DIANTARA RAW & JPEG

Sedikit info buat kaki2 photography... 
Kepada kaki2 photography boleh share pendapat ataupun memberi ulasan yg dlm sedikit mendalam berkaitan RAW dan JPEG kt sini...

Fail RAW adalah:
  • Biasanya format yang khusus untuk sesuatu jenis kamera (kecuali Adobe DNG, yang tidak popular)
  • Data lengkap dari sensor kamera - belum diproses, belum dimampatkan (kamera 8 megapixel menghasilkan fail RAW 8 MB)
  • Memerlukan perisian khusus untuk membacanya
  • Sekurang2nya 8 bit setiap warna - merah, hijau dan biru (24 bit setiap pixel). Kebanyakan DSLR merakamkan 12 atau 14 bit (36 atau 42 bit setiap pixel)
  • Julat dinamik (dynamic range) lebih tinggi - boleh memaparkan highlight (bahagian terang) atau shadow (bahagian gelap)
  • Kurang konstras
  • Tidak tajam
  • Tidak sesuai untuk dicetak terus dari kamera
  • Baca-sahaja (semua perubahan disimpan di fail XMP sidecar atau JPEG atau format lain)
  • Kadangkala boleh diterima di mahkamah (berbanding format yang boleh diubah)
  • Menunggu untuk diproses oleh komputer
Sebaliknya fail JPEG adalah:
  • Format standard yang boleh dibaca oleh sebarang program imej
  • Dimampatkan -- dengan membuang komponen2 imej yang tidak kelihatan oleh mata manusia
  • Kecil (kamera 8 megapixel menghasilkan fail 1 ke 3 MB)
  • Kurang julat dinamik
  • Lebih kontras
  • Lebih tajam
  • Boleh terus dicetak atau dikongsi di Web
  • Selalunya tidak perlu diubahsuai
  • Boleh diubahsuai tetapi setiap langkah menghilangkan data -- walaupun hanya untuk memutarkannya
  • Diproses oleh kamera


Jika tidak banyak ruang yang tinggal dalam kamera, menggunakan JPEG membolehkan anda mengambil 3 atau 4 kali lebih banyak gambar. JPEG juga elok jika ingin terus berkongsi fail imej yang keluar dari kamera.

Jika kapasiti bukan masalah, gunakan RAW + JPEG (sekali snap, dapat dua fail) untuk menghadapi sebarang kemungkinan. 

Ada profesional yang tidak menggunakan RAW kerana
 (1) tidak tahu memprosesnya
 (2) tidak mahu membuang masa memprosesnya kemudian. Contoh perisian yang "betul-betul" mengendalikan RAW ialah Nikon Capture NX2, Adobe Camera Raw (ACR - sebahagian dari Adobe Creative Suite). Adobe Lightroom, Apple Aperture dan Canon Digital Photo Professional (DPP). Majalah DCM memberikan markah tertinggi kepada NX2. Lain2 perisian yang memahami RAW termasuk Google Picasa, Windows Explorer, Mac Finder, Photomatix, dsb.


SUMBER - DIPETIK DARI FOTOMEDIA


AWAN INDAH BERSAMA SINAR


CAMERA : CANON 550D
S.SPEED : 1/100
APERTURE : F/32.O
ISO : 100
SEDIKIT TOUCH UP - PICASA3


CAMERA : CANON 550D
                                                  S.SPEED : 1/25s
                                 APERTURE : f/36.0
                                 ISO : 100
                                 SEDIKIT TOUCH UP - PICASA3



S.SPEED : 1/200
APERTURE : f/10.0
ISO : 100

abstrak ke tak !!!




mesti korang tertanya foto apa la yang aku shoot......
ataupun mungkin korang tak tanya....hehehehe
tanya ke tak...aku tetap nk story...
cerita nyer...foto foto diatas sebenarnya adalah minyak..
bukan minyak peegaseh , minyak kelapa or minyak angin yer...hehehe....
sebenarnya nie adalah MINYAK HITAM TONGKANG!!
semasa bergegar di atas tongkang member aku masa aku pergi turun ke laut pada 13 APRIL 2011...

CAMERA : CANON 550D
S.SPEED : 1/15s
APERTURE : f/5.6
ISO : 100
FLASH : ON