Pages

Monday, November 26, 2012

Muslimah Itu Pemalu

TALENT : Siti Noriahatun
MUA : Ieka Padieka


Seperti yang telah kita ketahui bersama...Islam adalah agama yang sempurna dan tiada satu perkara kecil pun yang tidak diatur oleh Islam.Begitu juga dalam hal wanita...Islam juga telah mengaturnya.Islam sangat memperhalusinya dan menempatkan para wanita sesuai dengan kedudukannya.
Dan segala yang dilarang pasti ada mafsadah (keburukan) baik mafsadah itu murni ataupun mafsadah itu lebih besar daripada maslahah yang diperoleh.




Keayuan wanita solehah itu...tidak terletak pada kecantikan wajahnya..
Kemanisan wanita solehah...tidak terletak pada kemanjsannya..

Daya penarik wanita solehah itu...Bukan pada kemanisan bicaranya yang

mengoncang iman para muslimin...Dan bukan pula terletak pada

kebijaksanaannya bermain lidah...memujuk rayu...
Bukan dan tidak sama sekali...Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain.


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah 
bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu 
serta pandai dari segala aspek...Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menila.


Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa
mendapat Rahmat ilahi.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan
adalah wanita solehah"

Monday, November 12, 2012

Jika Aku Jatuh Cinta


“Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.



Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.



Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat
pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah

berpadu dalam membela syariat-Mu. 

Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. 
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan

bertawakal di jalan-Mu…. ameen Ya Robb…


“AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA…AKU CINTA
AKAN DIRIMU..AKU SELALU MENGINGATI MU,BUKAN yang SELAIN
MU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU

TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI

MU..TIADA PUJI DALAM HAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU..TETAPI..PUJI DALAM

HAL INI ,DAN ITU ADALAH HANYA

UNTUK MU..YA RABB” ”


DiPETIK DARI :  hanan.com.my

Sunday, November 11, 2012

Aku Tak Famous Lagi

           NAMA : Rosmanizan Roslan
UMUR : 25 Tahun
ASAL : Taiping, Perak.


aku tak famous lagi...masih ramai yang tak kenal
masih tak berduit...pegi kerja bawak bekal
free shoot aku bedal....sebab belum ada nama
belum boleh demand...belum sampai masanya
belum jadi wajah poster...buat gadis pengsan
aku nak jadi photog...bukannya jadi bohjan
aku tetap aku...dan aku tak famous lagi
masih belum ada hummer...belum ada camry


aku bukannya nak mengejar populariti
aku hasilkan foto utk puaskan hati sendiri
peminat semua kamu memang dihargai
pendengki teruskan mendengki...aku tetap disini!!!

foto takde kat majalah, muka tak masuk tv
tak dpt lagi tajaan CANON , NIKON atau SONY
tapi aku puas hati...aku taknak hasilkan foto gedikk
 kalau korang taknak tolong...tolong jangan kritik
kalau famous nanti...org fitnah aku homofobik

awek2 lentik...pandang aku sebelah mata
tapi aku tak kisah...sebab takde pun tak apa
bro-bro panggil weh...macam aku takde nama
anggap aku loser...menyusahkan keluarga

kalau dah famous karang kat studio kena busy
nak elak mamat-mamat yang mengaku homie
nak elak tunang marah awek lain panggil baby
buat sesi dengan mawi belajar handle kontroversi
tapi tetap didekat...mulut2 bau longkang
aweks datang tayang longkang...tidak jatuh aku terbang

kakak ko tampal poster...kakak kau suka aku
adik kau nak berkenalan dengan adik aku ( tp aku takde adik )
mak bapak korang nak jadikan aku menantu
aku buat korang sedar yang famous itu palsu!!!









Wednesday, November 7, 2012

Damai Di Hati

Oh tuhan kurniakanlah damai dan petunjuk mu


damai hati yang selama ini ku cari, masih tiada penganti




aku & sesuatu

aku hanya mahu kata... 
setiap malam ku mimpimu... 
walau terluka kau masihku cinta... 
biar kau tak mugkin cinta diri ini ku tak peduli...