SENSE OF ART

SEMUA ORANG BOLEH BELI KAMERA ,
TAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH JADI PHOTOGRAPHER YANG BAEK.

SEMUA ORANG MAMPU JADI SEORANG PHOTOGRAPHER ,
TAPI TAK SEMUA MAMPU HASILKAN IMEJ YANG TERBAEK.

IMEJ YANG ADA SENTUHAN NILAI SENI
" SENSE OF ART ... "

OLEH : YAMAN IBRAHIM

Pages

GILA LENSA GILA FOTO

My photo
taiping, perak, Malaysia
email : nizanpictures@gmail.com Phone No : 0175640074 / 0136716961

Thursday, February 7, 2013

MEMAHAMI HISTOGRAM PADA KAMERA ( DSLR )

Memahami histogram pada kamera sebenarnya mudah, histogram dipaparkan pada skrin kamera pada saat preview (record mode) juga dipaparkan pada gambar yang telah diambil (playback mode).Ciri histogram pada kamera sangat berperanan dalam menilai ketepatan pendedahan, namun untuk itu kita perlu dapat memahami makna dari grafik yang dipaparkan melalui histogram.




Memahami histogram pada kamera penting kerana skrin LCD kadang-kadang tidak tepat.Contohnya apabila kita berada di bawah matahari yang sedang bersinar dengan teriknya, skrin LCD kita sukar dilihat kerana silau. Demikian pula bila kita berada di bilik yang gelap, gambar yang dipaparkan di LCD kelihatan lebih terang daripada yang asal.

Sebagai awal memahami histogram pada kamera area, perlu diberitahu seperti biasanya histogram terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian yang paling kiri menandakan bahagian shadow / bayangan atau bahagian yang gelap.Bahagian yang tengah menandakan bahagian abu-abu/sedang, dan bahagian yang paling kanan menandakan bahagian terang.



Dengan memahami histogram pada kamera , kita boleh mengubah settingkamera DSLR untuk shutter speed , ISO , dan Aperture  untuk mendapatkan gambar yang lebih ideal sesuai dengan harapan kita. Misalnya, apabila kita melihat kawasan di bawah lengkung terlalu banyak di bahagian kiri atau kanan, kita boleh menetapkan setting baik secara manual atau menggunakan fungsi Exposure Compensation dan mengambil foto dengan pengedaran gelap terang yang lebih ideal.


                                                       SUMBERlensafotografi.com