SENSE OF ART
SEMUA ORANG BOLEH BELI KAMERA ,
TAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH JADI PHOTOGRAPHER YANG BAEK.
SEMUA ORANG MAMPU JADI SEORANG PHOTOGRAPHER ,
TAPI TAK SEMUA MAMPU HASILKAN IMEJ YANG TERBAEK.
IMEJ YANG ADA SENTUHAN NILAI SENI
" SENSE OF ART ... "
OLEH : YAMAN IBRAHIM
Pages
GILA LENSA GILA FOTO
- rosmanizan
- taiping, perak, Malaysia
- email : nizanpictures@gmail.com Phone No : 0175640074 / 0136716961
Friday, December 9, 2011
Friday, November 25, 2011
Malique feat Tun Dr. Mahathir - Layu
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
TERIMA KASIH KEPADA MALIQUE BERANI MENYUARAKAN ISI HATI
ITU YG TERJADI PADA KITA HARI INI....
Thursday, November 24, 2011
Thursday, November 17, 2011
Apa itu SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO??
1. Bagi newbies DSLR macam aku, pasti korang tertanya-tanya apakah sebenarnya SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO? Di sini secara ringkasnya, akan diterangkan apakah benda alah ni sumer. So, kalo ada pa pe kemusykilan, bleh la drop komen.
Apa itu SHUTTER SPEED? Secara teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR.
Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon)
2. Apa itu APERTURE? BIGGER APERTURE akan menunjukkan No Aperture yang kecil di DSLR dan akan akan mendedahkan foto kepada jumlah dedahan cahaya yang tinggi. Bigger Aperture akan menghasilkan Depth of Field yang lebih detail. SMALLER APERTURE adalah No Aperture yang tinggi dan mengurangkan jumlah dedahan cahaya di foto.
Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.
3. Apa itu ISO? Secara ringkas kata, ISO tu adalah tahap kesensitifan camera pada cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.
Faham tak setakat nih? So, dari sini dapat disimpulkan, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash).
kenapa kos fotografi perkahwinan mahal?....
Assalammualaikum.....entri kali nie aku nak explain tentang
" KOS FOTOGRAFI PERKAHWINAN "
tahukah anda kenapa fotografi perkahwinan nie mahal?
aku buat entri sbb aku rasa orang lain patut tahu
kenapa kos fotografi prkahwinan nie mahal...
1.KOS TETAP - kos maintenance kamera dan aksesori.
Bagi photographer yg serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti.
Ada sesetengah orang cakap...." kamera tak penting , tapi org yg belakang tu lebih penting "
sebenarnya kenyataan itu sesuai kepada hobbyist tapi tidak kepada serius photographer.
contoh aksesori - speedlite / flash - biasanya berharga RM450 ke atas
kalau jurufoto ambk untung RM200 - 300 dibuatnya speedlite tu rosak lepas majlis
kan dah negatif keuntungannya.
LENS - CANON EF 18-200MM - RM 2298
CANON 5D MARK II - RM 6800
BODY CAMERA - body paling murah RM 1500 untuk beginner kalau pro boleh mencecah RM40K.
Ini semua tidak termasuk lighting & barang sampingan yg lain.
2.KOS MASA BEKERJA & TENAGA
Bagi aku ini merupakan perkara paling penting. Kalau majlis bersanding hingga outdoor ia dah meliputi lebih 6-8 jam bekerja.
Itu tak termasuk sekiranya shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 6-8 jam).
Juga perancangan awal atau plan bagi gambar2 yg hendak diambil perlu dibuat.
Satu tanggungjawab besar bagi mengambil gambar pengantin, sebab momen tu mungkin berlaku sekali je seumur hidup.Tak kesian kat pengantin kalau momen indah tu tak dirakamkan dgn betul...kalau aku, aku pun marah kalau gmbr tak cantik dan tak cover keseluruhan majlis.
jadi jangan ingat boleh hentam klik2 kamera ja tanpa fikirkan angle , lighting etc.
Gambar candid juga penting, malah lebih penting dari gmbr2 outdoor atau studio.Sebab?Kalau kita amik gmbr outdoor dan studio, pengantin boleh pose berkali2 utk kita dapatkan shot yang menarik.Kalau candid?Mati hidup kenbali pun,momen tu akan berlaku sekali ja....rugi kalau tak dapat capture momen tu kan.
Kalau photographer part time mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing( cthnya aku ). Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit dan rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 1 atau 2 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja dari pagi sampai petang. Hujung minggu tak boleh buat editing sebab ada job lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga ( bg yg berkahwin ) serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga nya?
3.KOS PROFESIONAL
Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia juga penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran kendalikan kamera, kemahiran editing, pengalaman dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu BRUNO MARS orang nak bayar RM2 pun belum tentu, tapi kalau BRUNO sendiri yang naynyi mungkin boleh bayar RM15000 padahal lagu yang sama. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki.Ini tak termasuk kos untuk pembantu photographer kalau photographer membawa pembantu untuk dapatkan lebih gambar yg menarik mesti la photographer kena bayar kpd pembantu dia tu.Itu da berapa?
4.SELECTING & EDIT
Tipulah kalau ada photographer tak edit gambar.Aku rasa semua mesti edit lah, walaupun sikit,termasuk aku..ada org suka natural , ada org suka photo manipulation. Satu editing makan masa 5 minit ke 1 jam bagi sekeping gambar!Cuma, bila kita setting siap2 pada kamera akan menjimatkan masa utk editing. Contoh lah katakan, gambar yang kita ambil tu cantik, tapi gelap.Kalau cuci of course gelap kan?Kena juga masuk Photoshop utk cerahkan sikit kan?Dah kira edit lah tu...Cuma biasanye utk tujuan promosi, photographers akan letakkan 10 -15 keping yang paling baik je kat web/blog/FB.At least kita cuci dlm 100 - 300 keping tu adalah gmbr2 yang terbaik utk masuk dalam album nanti.
5.KOS ALBUM & CUCI GAMBAR
Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Kalau cuci gambar untuk sticky albun tu murah la bawah RM100.Itu baru kos album & cuci gambar tak termasuk Frame & gambar besar bersize 8R ke 12R
Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.
STICKY ALBUM
Harga Dibawah ini adalah harga bagi satu custom album sahaja. Untuk harga perkhidmatan fotografi adalah berlainan.
Kesimpulannya...ada sebab kenapa harga pakej fotografi ni agak mahal...bukan saja letak...untung mestilah kena ada kan..tapi kena cover semua di atas tu juga...Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? Itu belum dikira kos luar kawasan lagi...sebenarnya banyak lgi kos lain. Aku nie tak la pandai or terer, aku pun 4time photographer je...sebab aku rasa ini lah ilmu yang aku dapat setakat ni.Lg2 pulak belaja sendiri, lagilah lambat aku catch up berbanding orang yang pi kursus...Kalau tanya teknikal, bnyk juga lagi aku tak tahu...bagaimanapun, aku berterima kasih kepada kawan2 yang tak kedekut ilmu..semoga aku pun mcm tu juga. Aku harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang dikenakan oleh seorang photographer wedding ni.Aku harap semua faham & jelas. SUMBER : catlinaflybaby , AMphoto. |
Subscribe to:
Posts (Atom)