SENSE OF ART

SEMUA ORANG BOLEH BELI KAMERA ,
TAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH JADI PHOTOGRAPHER YANG BAEK.

SEMUA ORANG MAMPU JADI SEORANG PHOTOGRAPHER ,
TAPI TAK SEMUA MAMPU HASILKAN IMEJ YANG TERBAEK.

IMEJ YANG ADA SENTUHAN NILAI SENI
" SENSE OF ART ... "

OLEH : YAMAN IBRAHIM

Pages

GILA LENSA GILA FOTO

My photo
taiping, perak, Malaysia
email : nizanpictures@gmail.com Phone No : 0175640074 / 0136716961

Thursday, November 17, 2011

Apa itu SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO??


1. Bagi newbies DSLR macam aku, pasti korang tertanya-tanya apakah sebenarnya SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO? Di sini secara ringkasnya, akan diterangkan apakah benda alah ni sumer. So, kalo ada pa pe kemusykilan, bleh la drop komen.

Apa itu SHUTTER SPEED? Secara teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR.

Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon)

2. Apa itu APERTURE? BIGGER APERTURE akan menunjukkan No Aperture yang kecil di DSLR dan akan akan mendedahkan foto kepada jumlah dedahan cahaya yang tinggi. Bigger Aperture akan menghasilkan Depth of Field yang lebih detail. SMALLER APERTURE adalah No Aperture yang tinggi dan mengurangkan jumlah dedahan cahaya di foto. 

Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk. 

3. Apa itu ISO? Secara ringkas kata, ISO tu adalah tahap kesensitifan camera pada cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.

Faham tak setakat nih? So, dari sini dapat disimpulkan, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash).


2 comments: