Pages

Sunday, August 14, 2011

RAGAM RAYA




Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia
Ampun Maaf Di Pinta
Mensuci Hening Dosa...

Hujung-hujung bulan
Bila Ramdhan sampai penghujung
Macam dah di kosong-kosongkan
Semua orang balik KAMPUNG

Masjid jadi sunyi sepi
Tapi SHOPPING KOMPLEKS ramai
Macam ada Demotrasi

Ramadhan masih berbaki
Beberapa hari
Ramai dah tunggu RAYA
Diumumkan dalam Tv

Ramai dah tak sabar
Nak raikan kemenangan
Tapi bukan kerna menang
Kerna sambut RAMADHAN

Ramadhan  tak habis lagi
Da mula plan beli itu ini
Duit macam air hujan
Laju shopping sana sini

SEMUA BENDA DIA TARAM
HABIS SEMUA DUIT BEKAL
DIA ASYIK NAK MELARAM....

Awal puasa rumah punya la serabut
Tengok macam kena rebut
Bila dekat raya macam AUTOBOT
TRANSFORM penuh dengan PERABUT

Semua benda tukar jadi baru
Habis raya poket KOSONG
Mula jadi haru biru...

Bila esok nak raya
Mula letup sana sani
Duit guna beli mercun
Apa barang bunga api

Ada buat mercun sendiri
Sebab belajar sains kat sekolah
Bila cucuh bunyi kuat
Sampai ke kampung sebelah
Esok pagi dengar citer
Tangan dua dah tinggal sebelah (padan muka kau lah)

Suasana jadi sayu keluarlah airmata
Semua mohon kemaafan
Kalau pernah masam muka
TAPI KEJAP JEW
Lepas tu gaduh lagi
SETTLE NEXT AILDILFITRI
Kalo tak PUAS HATI...
Tapi pelik kenapa nak tunggu raya je
Macam hari lain..tak boleh mintak maaf ke...

Bagi SALAM tanya dulu
Dapat duit raya ke tak
Nilai duit raya pun BUDAk sendiri pandai letak
Kalau tak dapat DUIT
Memang COMFERM dia tak masuk
Pas tu  bagi tau semua member rumah
SANA JANGAN KETUK...!!

Tak der ke orang bagi tau kat budak budak
Maksud AIDILFITRI yang SEBENAR

Riang ria AIDILFITRI
Lupa terus kat RAMADHAN
Hiburan sana sini atas nama Kemeriahan
Tekan channel sana sini sure sangkut depan Tv
sampai TARBIAH pun terbiar
Tak terasa pun kat HATI

Ada yang anggap PUASA ENAM baru RAYA
Ada yang anggap RAYA SEBULAN lamanya..

Sambutan cara NABI wajar jadi refleksi
Cermin Dalam diri maksud SEBENAR AIDILFITRI


karya : 5forty2

No comments:

Post a Comment