SENSE OF ART

SEMUA ORANG BOLEH BELI KAMERA ,
TAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH JADI PHOTOGRAPHER YANG BAEK.

SEMUA ORANG MAMPU JADI SEORANG PHOTOGRAPHER ,
TAPI TAK SEMUA MAMPU HASILKAN IMEJ YANG TERBAEK.

IMEJ YANG ADA SENTUHAN NILAI SENI
" SENSE OF ART ... "

OLEH : YAMAN IBRAHIM

Pages

GILA LENSA GILA FOTO

My photo
taiping, perak, Malaysia
email : nizanpictures@gmail.com Phone No : 0175640074 / 0136716961

Monday, April 18, 2011

BUNGA KEBANGSAAN

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia.     Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga KenangaBunga RayaBunga MelurBunga TerataiBunga MawarBunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan SingapuraSabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.


Bunga Raya telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Yang Amat Berhormat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.



Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan Kerana :
  1. WARNA MERAH BERMAKSUD KETEGUHAN POLITIK & EKONOMI SERTA SIFAT BERANI MENEMPUH CABARAN.
  2. KEPELBAGAIAN BUNGA RAYA DARI SEGI BENTUK , WARNA & UKURAN MELAMBANGKAN RAKYAT PELBAGAI KAUN , AGAMA & BUDAYA YANG HIDUP AMAN & HARMONI.



No comments:

Post a Comment